Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: S'pura benam Perancis 3-0 dalam acara berpasukan; berentap dengan China esok

Pasukan tenis meja Singapura mara ke peringkat suku akhir Sukan Olimpik Tokyo selepas menumpaskan Perancis 3-0 pada Isnin (2 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: S'pura benam Perancis 3-0 dalam acara berpasukan; berentap dengan China esok

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 02 Aug 2021 12:04PM Dikemas Kini : 02 Aug 2021 12:07PM

TOKYO: Pasukan tenis meja Singapura mara ke peringkat suku akhir Sukan Olimpik Tokyo selepas menumpaskan Perancis 3-0 pada Isnin (2 Ogos).

Mereka akan berdepan dengan juara bertahan China, yang menewaskan Austria pada Ahad (1 Ogos).

Singapura memulakan pertarungan bagi pusingan 16 pasukan terakhir di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu dengan cemerlang selepas Lin Ye dan Yu Mengyu memenangi perlawanan beregu mereka 3-0.

Pemain nombor 9 dunia, Feng Tianwei mengukuhkan lagi kedudukan pasukan negara dengan meraih kemenangan 3-2 ke atas Prithika Pavade, sekali gus melebarkan kelebihan Singapura.

Yu Mengyu kemudian mengalahkan Yuan Jia Nan 3-1 dalam perlawanan perseorangannya pula.

Pasukan Singapura yang menduduki tangga ke-6 dalam ranking dunia akan berentap dengan China pada Selasa (3 Ogos).

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik Singapura, Mediacorp membawakan liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan