Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

OLIMPIK: Quah Zheng Wen terlepas peluang ke separuh akhir kuak lentang 100m

Perenang Singapura Quah Zheng Wen mencatat masa 53.94 saat di Pusat Akuatik Tokyo pada Ahad (25 Jul), terlepas peluang menempah tempat dalam pusingan separuh akhir acara kuak lentang 100 meter.

Anggaran Waktu Membaca:
OLIMPIK: Quah Zheng Wen terlepas peluang ke separuh akhir kuak lentang 100m

Quah Zheng Wen bersaing dalam acara kuak lentang 100 meter di Sukan Olimpik Tokyo pada 25 Jul. (Gambar: Kong Chong Yew/SNOC)

Diterbitkan : 25 Jul 2021 08:48PM Dikemas Kini : 25 Jul 2021 08:52PM

TOKYO: Perenang Singapura Quah Zheng Wen mencatat masa 53.94 saat di Pusat Akuatik Tokyo pada Ahad (25 Jul), terlepas peluang menempah tempat dalam pusingan separuh akhir acara kuak lentang 100 meter.

Quah meraih tempat ketiga dalam pusingan kelayakan dan menduduki tangga ke-22 secara keseluruhan. Kliement Kolesnikov dari Rusia mendahului perenang lain dalam pusingan kelayakan itu dengan catatan masa 52.15 saat.

16 perenang terbaik mara ke pusingan separuh akhir dengan tempat kelayakan terakhir berjaya ditempah Apostolos Christou yang mencatat masa 53.77 saat.

Quah adalah pemegang rekod negara bagi acara tersebut dengan masa 53.79 saat yang dicatatkan di Sukan SEA 2019 di Filipina.

Perenang negara itu akan bersaing dalam acara gaya kupu-kupu 100 meter dan 200 meter selepas ini.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.    

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan