Olimpik: Quah Ting Wen di tempat terakhir saringan 100m gaya bebas
Perenang Singapura Quah Ting Wen menamatkan pusingan saringan 100 meter gaya bebas wanita di tempat terakhir dengan mencatat masa 56.63 saat di Pusat Akuatik Tokyo pada Rabu (28 Jul).
SINGAPURA: Perenang Singapura Quah Ting Wen menamatkan pusingan saringan 100 meter gaya bebas wanita di tempat terakhir dengan mencatat masa 56.63 saat di Pusat Akuatik Tokyo pada Rabu (28 Jul).
Ini bermakna, Quah gagal mara ke separuh akhir acara.
Atlit berusia 28 tahun itu berada di tempat ke-36 daripada 51 perenang secara kesuluruhannya.
Pusingan kelayakan itu dimenangi Fannny Teijonsalo dari Finland dengan catatan masa 54.69 saat.
Quah memegang rekod kebangsaan bagi acara 100 meter gaya bebas wanita dengan masa 54.62 saat yang dicatat di Kejohanan Renang Nasional Singapura.
Acara gaya bebas 100 meter itu adalah yang pertama daripada dua acara yang akan disertai Quah di Sukan Tokyo. Dia juga akan bersaing dalam acara 50 meter gaya bebas pada Jumaat (30 Jul).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.