Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik perlu diteruskan tahun depan sebagai simbol atasi COVID-19: gabenor Tokyo

Gabenor Tokyo Yuriko Koike, yang sering disebut sebagai bakal perdana menteri Jepun pada masa depan, berkata pada Isnin (13 Jul) bahawa temasya sukan Olimpik harus diteruskan tahun depan sebagai simbol kesatuan dunia dalam mengatasi COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik perlu diteruskan tahun depan sebagai simbol atasi COVID-19: gabenor Tokyo

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Jul 2020 05:28PM Dikemas Kini : 13 Jul 2020 05:40PM

TOKYO: Gabenor Tokyo Yuriko Koike, yang sering disebut sebagai bakal perdana menteri Jepun pada masa depan, berkata pada Isnin (13 Jul) bahawa temasya sukan Olimpik harus diteruskan tahun depan sebagai simbol kesatuan dunia dalam mengatasi COVID-19. Ini sedang bandarnya bergelut dengan lonjakan mendadak kes baru virus korona.

Jepun tidak menyaksikan masalah jangkitan seperti yang dialami beberapa negara lain tetapi peningkatan kes baru-baru ini di Tokyo, yang menyumbang lebih sepertiga kepada lebih 20,000 kes di negara itu, mencetuskan kebimbangan mengenai gelombang kedua jangkitan.

Sukan Olimpik 2020 dijadualkan bermula bulan ini tetapi ditunda kerana pandemik COVID-19 sejagat. Cik Koike berikrar untuk menggembleng sokongan masyarakat bagi temasya tersebut, walaupun tinjauan media menunjukkan kebanyakan berpendapat acara itu seharusnya dibatalkan atau ditunda lagi.

"Saya mahu menjadi tuan rumah kepada temasya sukan itu sebagai simbol dunia bersama-sama mengatasi situasi sukar ini dan ikatan utuh antara manusia," kata Cik Koike kepada Reuters dalam temu bual online.

Beliau enggan menetapkan tarikh akhir untuk memutuskan sama ada temasya itu akan diteruskan.

Lonjakan dalam jumlah kes COVID-19 di Tokyo berlaku sedang pemerintah Perdana Menteri Shinzo Abe bersiap sedia untuk melancarkan kempen menggalakkan pelancongan domestik. Bagaimanapun hal itu telah menimbulkan kekhuatiran tentang penularan virus di luar ibu kota.

Cik Koike pula berkata adalah penting untuk membendung virus sambil menggerakkan ekonomi yang meleset.

Tokyo menyumbang sekitar 20 peratus kepada ekonomi Jepun.

Cik Koike, yang tidak sekata dengan pemerintahan PM Abe mengenai waktu pengisytiharan keadaan darurat, dan perniagaan yang menjadi sasaran penutupan, berkata beliau mahukan penjelasan yang terang mengenai kuasa pemerintah tempatan selama krisis.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan