Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Perenang AS Caeleb Dressel pecah rekod dunia 100m kuak kupu-kupu

Perenang Amerika Syarikat, Caeleb Dressel mencatat rekod dunia apabila memenangi acara 100 meter kuak kupu-kupu.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Perenang AS Caeleb Dressel pecah rekod dunia 100m kuak kupu-kupu

Perenang Amerika Syarikat, Caeleb Dressel, memenangi pingat emas di acara 100 meter kuak kupu-kupu di Olimpik Tokyo pada 31 Jul 2021 (Gambar: David Goldman/AP Photo)

Diterbitkan : 31 Jul 2021 04:46PM Dikemas Kini : 31 Jul 2021 05:33PM

TOKYO: Perenang Amerika Syarikat, Caeleb Dressel mencatat rekod dunia apabila memenangi acara 100 meter kuak kupu-kupu.

Ia juga merupakan pingat emas ketiga Dressel dalam Sukan Olimpik Tokyo.

Dressel mendahului pesaingnya sejak dari mula.

Bagaimanapun dalam 20 meter terakhir, Dressel mendapat saingan sengit dari peserta Hungary Kristof Milak.

Namun Dressel berjaya menangkis cabaran itu dan menamatkan perlumbaan dalam masa 49.45 saat.

Catatan masa itu memecahkan rekod dunia yang dipegangnya sendiri sejak tahun 2019.

Dalam acara 800 meter gaya bebas wanita, Katie Ledecky dari Amerika Syarikat menang pingat emas.

Juara dunia itu menang dalam masa 8 minit 12.57 saat.

Ini merupakan pingat emas Olimpik ketiga yang berjaya digenggam Ledecky dalam acara ini.

Namun dia gagal memecahkan rekod dunia yang dicatatkannya sendiri semasa Olimpik Rio yang lalu.

Dia lambat kira-kira 8 saat

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan