Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Pemain tenis meja Yu Mengyu terlepas rebut gangsa

Perjuangan Yu Mengyu untuk merebut pingat gangsa acara tenis meja perseorangan wanita berakhir pada Khamis (29 Jul) setelah tumpas di tangan pesaingnya dari Jepun Mima Ito di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Pemain tenis meja Yu Mengyu terlepas rebut gangsa

Yu Mengyu menentang pesaingnya dari Jepun, Mima Ito. (Gambar: AP/David Goldman)

Diterbitkan : 29 Jul 2021 09:23PM Dikemas Kini : 29 Jul 2021 10:41PM

SINGAPURA: Perjuangan Yu Mengyu untuk merebut pingat gangsa acara tenis meja perseorangan wanita berakhir pada Khamis (29 Jul) setelah tumpas di tangan pesaingnya dari Jepun Mima Ito di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Kedua-duanya masuk gelanggang pada Khamis malam setelah kalah dalam perlawanan separuh akhir masing-masing menentang pesaing dari China.

Yu bermula dengan baik dan menang set pertama. Permainan menjadi rancak pada set kedua, namun pesaingnya dari Jepun terbukti lebih tangkas memukul bola dan memenangi empat set berikutnya.

Meskipun mengalami kecederaan pada pahanya, Yu sebelum ini meneruskan juga perlawanan separuh akhir, menentang pemain nombor satu dunia Chen Meng dari China.

Yu akan tampil dalam acara beregu wanita pada Isnin, menentang Perancis dalam pusingan kelompok 16.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/SS/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan