Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Pemain badminton S'pura Yeo Jia Min menang perlawanan sulung dengan mudah

Beliau terpaksa menunggu lagi dua jam sebelum perlawanannya bermula pada Selasa (27 Jul) tetapi pemain badminton Singapura Yeo Jia Min tenang sahaja apabila masuk gelanggang.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Pemain badminton S'pura Yeo Jia Min menang perlawanan sulung dengan mudah

Yeo Jia Min beraksi dalam perlawanan sulungnya di Sukan Olimpik pada 27 Jul. (Gambar: Team Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 27 Jul 2021 09:41PM Dikemas Kini : 27 Jul 2021 09:44PM

TOKYO: Beliau terpaksa menunggu lagi dua jam sebelum perlawanannya bermula pada Selasa (27 Jul) tetapi pemain badminton Singapura Yeo Jia Min tenang sahaja apabila masuk gelanggang.

Yeo yang membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik menewaskan Haramara Gaitan dari Mexico 21-7, 21-10 dalam acara perseorangan wanita di Plaza Sukan Musashino Forest.

"Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan sulung saya. Rakan sepasukan yang lain sudahpun selesai perlawanan-perlawanan mereka tetapi ... saya baru mula rasa teruja dan ghairah," kata beliau kepada para wartawan.

"Saya gembira dapat menyesuaikann diri di gelanggang agak cepat dan berjaya beraksi seperti mana saya jangkakan."

Yeo, 22 tahun, yang menduduki tangga ke-30 dunia memulakan perlawanan dengan prestasi kukuh sewaktu menentang Gaitan, pemain ke-92 dalam ranking dunia sekali gus mendahului perlawanan 11-4.

Beliau kemudian memenangi set tersebut dalam masa 12 minit.

Rakyat Singapura itu mengekalkan rentak permainan ke set seterusnya, sekali lagi mendahului dengan mata 11-4 sebelum meraih kemenangan.

Perlawanan mereka bermula lebih lewat apabila perlawanan sebelum itu mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

Yeo akan menentang Kim Ga-eun dari Korea Selatan yang tersenarai di tangga ke-18 dunia, Rabu nanti (28 Jul). Jika beliau menang perlawanan itu, Yeo akan mara ke pusingan selanjutnya.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.   

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan