Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

OLIMPIK: Pemain badminton Loh Kean Yew mulakan kempen Tokyo 2020 dengan bergaya

Pemain perseorangan lelaki badminton negara Loh Kean Yew tidak menghadapi masalah untuk memenangi perlawanan pertama mengalahkan pemain Pasukan Olimpik Pelarian IOC Aram Mahmoud, 2-0 pada Isnin (26 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
OLIMPIK: Pemain badminton Loh Kean Yew mulakan kempen Tokyo 2020 dengan bergaya

Loh Kean Yew bertanding dalam perlawanan badminton perseorangan lelaki di Olimpik Tokyo pada 26 Jul 2021. (Ihsan: SNOC)

Diterbitkan : 26 Jul 2021 11:16PM Dikemas Kini : 26 Jul 2021 11:24PM

SINGAPURA: Pemain perseorangan lelaki badminton negara Loh Kean Yew tidak menghadapi masalah untuk memenangi perlawanan pertama mengalahkan pemain Pasukan Olimpik Pelarian IOC Aram Mahmoud, 2-0 pada Isnin (26 Jul).

Loh yang menduduki tangga ke-42 dalam ranking dunia, merakamkan kemenangan 21-15, 21-12 di Plaza Sukan Musashino Forest.

Set pertama ternyata mencabar bagi Loh dengan Mahmoud, yang menduduki tangga ke-172 di dunia, berjaya membalas setiap pukulan yang dihantar. Wakil Singapura itu mendahului 11-8 sebelum memasuki waktu rehat.

Loh berjaya melebarkan jurang kepada 17-10 dengan permainan licik sebelum memenangi set pertama.

Mahmoud memulakan set kedua dengan baik, sebelum pukulan kilas yang kencang dari Loh membawa kepada 5-3 mata. Walaupun Mahmoud menunjukkan percubaan yang bersemangat, Loh akhirnya meraih kemenangan.

IOC mengumumkan pasukan pelarian pertamanya pada Temasya Rio bagi meningkatkan kesedaran tentang isu tersebut. Sukan Tokyo menampilkan 29 atlit yang akan bertanding di bawah bendera Olimpik.

Loh, 24 tahun, akan berdepan dengan Jonatan Christie dari Indonesia, yang mengalahkan Mahmoud pada peringkat awal pertandingan.

Christie menduduki tangga ketujuh dalam pertandingan itu, sementara Loh tidak mempunyai sebarang kedudukan. Pemenang perlawanan kedua itu akan mara ke pusingan seterusnya.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.  

Sumber : CNA/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan