Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik Khas: S'pura terus rangkul pingat pada hari ke-3

Pasukan Team Singapore membawa pulang satu pingat emas, dua perak dan tiga gangsa pada hari ketiga pertandingan di Sukan Olimpik Khas Dunia pada ahad (17 Mar).

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik Khas: S'pura terus rangkul pingat pada hari ke-3

Rusydi Abdullah (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 18 Mar 2019 09:08AM Dikemas Kini : 18 Mar 2019 09:12AM

ABU DHABI: Pasukan Team Singapore membawa pulang satu pingat emas, dua perak dan tiga gangsa pada hari ketiga pertandingan di Sukan Olimpik Khas Dunia pada ahad (17 Mar).

Pingat emas dalam acara atletik- pingat kedua negara dalam sukan itu, serta pingat dari acara bocce, boling dan renang terus menambah bilangan pingat yang dimenangi negara.

Pingat emas pertama Singapura bagi acara Olimpik Khas kali ini dimenangi pada Sabtu oleh pemecut yang berusia 15 tahun Nurshalini Shanef, dalam acara larian 200 meter divisyen F2.

Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung dari 14 hingga 21 Mac adalah temasya sukan bagi para atlit dengan kurang daya intelek. Tahun ini merupakan kali kesepuluh Singapura bertanding dalam acara itu.

Team Singapore diwakili kontinjen seramai 30 atlit.

Dalam acara atletik, Maveric Lee, 16 tahun, mencatat masa peribadi terbaik 27.87 saat dalam acara 200 meter divisyen M8 untuk membawa pulang pingat emas di stadium Kelab Polis Dubai.

"Saya sangat gembira dengan Maveric - dia sangat konsisten," kata jurulatih Lee, Noor Hanif Sulaimee. "Dia juga menunjukkan tekad yang kuat dan memberi tumpuan sepenuhnya."

Dalam acara renang gaya kuak dada 50 meter divisyen M6, Siau Ek Jin merangkul pingat gangsa dengan mencatat masa terbaik peribadi 47.95 saat.

Singapura turut mencatat kejayaan dalam acara boling, hasil pingat perak yang diraih Siti Nurhamizah Hamzah dalam acara perseorangan divisyen D11.

Siti Nurhamizah Hamzah (kiri) dengan rakan sepasukan Assekin Mohamed Anuar. (Gambar: Special Olympics Singapore)

Siti Nurhamizah Hamzah (kiri) dengan rakan sepasukan Assekin Mohamed Anuar. (Gambar: Special Olympics Singapore)

"Saya berharap pencapaian ini akan bantu Nurhamizah sedar bahawa titik peluhnya membuahkan hasil dan jika dia terus bekerja keras, dia boleh mencapai apa sahaja," menurut jurulatih Adam Koh.

Seorang lagi atlit boling, Sarhan Zuhir, membawa pulang pingat gangsa dalam acara perseorangan divisyen D34.

Rusydi Abdullah, 16 tahun, pula memenangi pingat perak dalam acara perseorangan divisyen M8 - yang pertama buat dirinya dan bagi pasukan bocce di Olimpik Khas. Rakan sepasukannya Chew Jun Hong kemudian membawa pulang pingat gangsa bagi acara perseorangan divisyen M11.

"Kami sangat berbangga dengan prestasi para atlit hari ini - dari mencatat rekod peribadi terbaik kepada menunjukkan prestasi baik semasa menghadapi lawan yang lebih tinggi dan besar," kata ketua rombongan Singapura Lee Theng Ngee. "Mereka menunjukkan tekad kuat dan tumpuan."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan