Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Joseph Schooling gagal pertahan mahkota 100m gaya kupu-kupu

Juara bertahan Joseph Schooling menamatkan pusingan saringan 100 meter gaya kupu-kupu lelaki di tempat terakhir dengan mencatat masa 53.12 saat di Pusat Akuatik Tokyo pada Khamis (29 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Joseph Schooling gagal pertahan mahkota 100m gaya kupu-kupu

Joseph Schooling bertanding dalam pusingan saringan 100 meter gaya kupu-kupu lelaki di Pusat Akuatik Tokyo. (Gambar: Jonathan NACKSTRAND / AFP)

Diterbitkan : 29 Jul 2021 07:39PM Dikemas Kini : 29 Jul 2021 10:41PM

TOKYO: Juara bertahan Joseph Schooling menamatkan pusingan saringan 100 meter gaya kupu-kupu lelaki di tempat terakhir dengan mencatat masa 53.12 saat di Pusat Akuatik Tokyo pada Khamis (29 Jul).

Perenang Singapura itu gagal mara ke pusingan separuh akhir.

Terdapat lapan pusingan saringan dan 16 perenang terpantas akan melayakkan diri bagi separuh akhir pada Jumaat.

Schooling mencatat rekod kebangsaan di Temasya Rio pada 2016 dengan masa 50.39 saat. Ia juga merupakan rekod baru Olimpik.

Rakan sepasukan Schooling, Quah Zheng Wen, pula menduduki tempat keempat dalam pusingan saringannya dengan mencatat masa 52.39 saat.
Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut. 

Sumber : CNA/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan