Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Joseph Schooling gagal mara ke separuh akhir acara gaya bebas 100m

Perenang negara Joseph Schooling gagal melayakkan diri ke separuh akhir acara gaya bebas 100 meter di Sukan Olimpik Tokyo pada Selasa (27 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Joseph Schooling gagal mara ke separuh akhir acara gaya bebas 100m

Joseph Schooling bersaing dalam acara gaya bebas 100 meter di Sukan Olimpik pada 27 Jul. (Gambar: SNOC)

Diterbitkan : 27 Jul 2021 08:41PM Dikemas Kini : 27 Jul 2021 08:45PM

TOKYO: Perenang negara Joseph Schooling gagal melayakkan diri ke separuh akhir acara gaya bebas 100 meter di Sukan Olimpik Tokyo pada Selasa (27 Jul).

Beliau mencatat masa 49.48 saat dan muncul di tempat ke-6 dalam pusingan saringan. Secara keseluruhan, Schooling menduduki tempat ke-39 daripada 70 perenang.

Thomas Ceccon dari Itali mendahului perenang acara itu dengan masa 47.71 saat dengan perenang Amerika Syarikat Caeleb Dressel 0.02 saat di belakangnya. Perenang di tempat ke-16, iaitu yang terakhir layak mara ke separuh akhir diduduki Jacob Whittle dari Great Britain dengan masa 48.44 saat.

Rekod negara Schooling, 48.27 saat, yang dicatat di Olimpik Rio 2016 masih kekal berdiri. Prestasi beliau di Brazil itu membawa Schooling ke separuh akhir ketika itu. Beliau kemudian meraih tempat ke-16 dalam acara berkenaan.

Di Sukan SEA 2019 di Filipina pula, Schooling mencatat masa 49.64 saat, di belakang rakan senegara Darren Chua (49.59 saat).

"TUMPUAN SAYA ACARA GAYA KUPU-KUPU"

Bercakap kepada wartawan selepas renangannya, Schooling berkata beliau puas hati sudah mencatat satu perlumbaan di Tokyo.

"Masa yang dicatat memang ketat tetapi ia adalah perlumbaan baik untuk tersingkir keluar," kata beliau.

"Saya rasa saya sudah memberikan yang terbaik hari ini. Masa yang dicatat bukan apa yang saya jangkakan tetapi pada masa yang sama ... tumpuan saya adalah acara gaya kupu-kupu dan itulah yang saya fokuskan."

Schooling juga berkata beliau mencatat masa lebih baik berbanding masa terpantas yang dicapai musim ini.

Beliau mencatat masa 50.59 saat di Siri Renang Pro TYR 2021 di Indianapolis dua bulan lalu.

Schooling mengaku perlu membaiki prestasi sebelum acara terbaiknya - acara kupu-kupu 100 meter.

"Pada masa yang sama, saya perlu meningkatkan prestasi jika saya mahu mencapai apa yang saya sasarkan. Jadi, 48 jam adalah tempoh masa yang lama," kata beliau.

Schooling akan bersaing dalam pusingan saringan bagi acara gaya kupu-kupu 100 meter pada Khamis (29 Jul). Beliau adalah juara bertahan dan memegang rekod Olimpik acara berkenaan.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan