Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

OLIMPIK: Atlit tenis meja Feng Tianwei mara ke pusingan seterusnya

Pemain veteran tenis meja Feng Tianwei mara ke pusingan keempat dalam acara perseorangan wanita di Sukan Olimpik Tokyo selepas mengalahkan Maria Xiao dari Sepanyol 4-1 pada Isnin (26 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
OLIMPIK: Atlit tenis meja Feng Tianwei mara ke pusingan seterusnya

(Gambar: SNOC/Kong Chong Yew)

Diterbitkan : 26 Jul 2021 07:37PM Dikemas Kini : 26 Jul 2021 07:48PM

SINGAPURA: Pemain veteran tenis meja Feng Tianwei mara ke pusingan keempat dalam acara perseorangan wanita di Sukan Olimpik Tokyo selepas mengalahkan Maria Xiao dari Sepanyol 4-1 pada Isnin (26 Jul).

Veteran Olimpik itu ketinggalan 8-11 pada awal perlawanan di tangan Xiao yang menduduki tangga ke-72 dalam ranking dunia.

Pusingan kedua juga sama mencabar bagi Feng yang menduduki tangga ke-9 dalam ranking dunia, namun dia bangkit untuk menundukkan Xiao 12-10 dan 11-5, 11-2 dan 11-4 dalam pusingan seterusnya.

Atlit berusia 34 tahun itu yang mempunyai dua pingat gangsa Olimpik dan satu pingat perak, bakal berdepan sama ada Han Ying dari Jerman atau Jian Fang Lay dari Australia dalam pusingan seterusnya.

Rakan sepasukan Feng, Yu Mengyu pula akan menentang Cheng I-Ching dari Chinese Taipei pada Selasa (27 Jul).

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.   

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan