Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik: Atlit sukan dayung negara Joan Poh tamatkan perlumbaan di tempat ke-28

Atlit Olimpik kali pertama Joan Poh menduduki tempat ke-28 daripada 32 peserta dalam acara sculls individu wanita di temasya Sukan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik: Atlit sukan dayung negara Joan Poh tamatkan perlumbaan di tempat ke-28

Atlit dayung S'pura Joan Poh. (Gambar: Facebook/Team Singapore)

Diterbitkan : 30 Jul 2021 10:02AM Dikemas Kini : 30 Jul 2021 10:05AM

TOKYO: Atlit Olimpik kali pertama Joan Poh menduduki tempat ke-28 daripada 32 peserta dalam acara sculls individu wanita di temasya Sukan itu.

Poh, salah seorang wakil Singapura, menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat antara enam peserta di peringkat E acara tersebut hari ini (30 Jul). Beliau mencatat masa 8:21.23.

Acara itu dimenangi Tala Abujbara dari Qatar dengan masa 8:00.22.

Poh, yang bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Tan Tock Seng, adalah warga pertama Singapura yang beraksi dalam edisi Sukan kali ini apabila dia berlumba dalam pusingan kelayakan tujuh hari lalu.

Dia adalah antara 17 atlit Singapura yang membuat penampilan sulung mereka di Olimpik.

Poh juga sudah bertanding dua kali sebelum acara hari ini. Dia adalah atlit kedua sukan dayung mewakili Singapura di temasya Sukan itu selepas Saiyidah Aisyah, yang mengambil bahagian di Rio pada 2016.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawa liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.  

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan