Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

OLIMPIK: Atlit Jepun Nisihiya juara pertama wanita sukan papan selaju

Atlit wanita papan selaju Jepun berusia 13 tahun Momiji Nishiya melakar sejarah tersendiri selepas memenangi emas di Olimpik Tokyo pada Isnin (26 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
OLIMPIK: Atlit Jepun Nisihiya juara pertama wanita sukan papan selaju

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Jul 2021 07:49PM Dikemas Kini : 26 Jul 2021 07:50PM

TOKYO: Atlit wanita papan selaju Jepun berusia 13 tahun Momiji Nishiya melakar sejarah tersendiri selepas memenangi emas di Olimpik Tokyo pada Isnin (26 Jul).

Atlit remaja itu memperoleh 15.26 mata di pusingan akhir final menjadikannya juara Olimpik termuda Jepun.

Para atlit papan selaju Jepun memenangi kedua-dua pingat emas dalam kategori wanita dan lelaki. Yuto Horigome muncul sebagai juara kategori lelaki pada Sabtu (24 Jul).

Rayssa Leal, 13, dari Brazil meraih perak dengan 14.64 mata dan Funa Nakayama menambah pungutan gangsa untuk pasukan Jepun, selepas ketinggalan hanya 0.15 mata di belakang Leal.

Zeng Wenhui, 16, dari China pula menduduki tempat keenam.

Pemain nombor satu dunia Pamela Rosa dari Brazil tersingkir pada pusingan kelayakan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan