Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ole Gunnar Solskjaer dilantik jadi pengurus sementara Manchester United

Bekas pemain penyerang Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, akan kembali ke Old Trafford selaku pengurus sementara bagi menggantikan Jose Mourinho yang dipecat semalam. 

Anggaran Waktu Membaca:
Ole Gunnar Solskjaer dilantik jadi pengurus sementara Manchester United

Ole Gunnar Solskjaer. (Gambar: Ole Gunnar Solskjær/Facebook)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 07:48PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 07:53PM

LONDON: Bekas pemain penyerang Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, akan kembali ke Old Trafford selaku pengurus sementara bagi menggantikan Jose Mourinho yang dipecat semalam.

Solskjaer akan menjalankan tugas tersebtu sehingga akhir musim ini, menurut kelab Liga Perdana itu hari ini (19 Dis).

"Manchester United sentiasa dalam hati saya dan sangat menarik untuk kembali dalam peranan ini (pengurus sementara)," komen beliau dalam satu kenyataan.

Mourinho 'ditendang keluar' setelah Man U, yang kini terperosok di tangga keenam, memulakan musim ini dengan prestasinya yang paling buruk dalam tempoh 28 tahun. Ini termasuk kekalahan 1-3 di tangan Liverpool di Anfield pada Ahad (16 Dis).

Solksjaer merupakan bekas pemain penyerang antarabangsa Norway yang menjaringkan 126 gol untuk negaranya antara tahun 1996 -2007. Antara sumbangannya termasuklah menyumbatkan gol masa kecederaan untuk United ketika menentang Bayern Munich semasa perlawanan akhir Liga Juara-Juara tahun 1999. Gol tersebut membawa kemenangan kepada Man U.

"Saya tidak sabar untuk bekerja dengan skuad yang sangat berbakat yang kita ada, kakitangan dan semua orang di kalab itu," menurut Solskjaer, yang kini berusia 45 tahun dan merupakan bekas pengurus Cardiff City.

Beliau akan disertai oleh Mike Phelan, yang akan kembali selaku penolong pengurus. Phelan pernah bekerja dengan Alex Ferguson selama lima musim sebelum meninggalkan kelab itu pada 2013.

"Ole adalah sebuah legenda kelab ini dengan pengalaman luas, dalam padang dan juga dalam peranan kejurulatihan," ulas Naib Pengerusi Ekselutif Manchester United, Ed Woodward.

"Sejarah beliau di Manchester United bermakna beliau hidup dan bernafaskan budaya di sini, dan semua orang di kelab ini gembira untuk mendapatkan beliau dan Mike Phelan kembali.

"Kami yakin mereka akan menyatukan para pemain dan penyokong sedang kami memasuki separuh kedua musim ini," tambah Woodward lagi. 

Sumber : Reuters/DY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan