Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

OCBC Cycle S'pura 2019 perkenal ciri mesra alam

Sekitar 6,800 orang menyertai hari kedua acara berbasikal, OCBC Cycle Singapore 2019, di Hab Sukan Singapura pada Ahad (12 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
OCBC Cycle S'pura 2019 perkenal ciri mesra alam

(Gambar: OCBC Cycle Singapore)

Diterbitkan : 12 May 2019 10:59PM Dikemas Kini : 12 May 2019 11:03PM

SINGAPURA: Sekitar 6,800 orang menyertai hari kedua acara berbasikal, OCBC Cycle Singapore 2019, di Hab Sukan Singapura pada Ahad (12 Mei).

Acara bermula pada awal pagi dan melalui Nicoll Highway serta kawasan pusat perniagaan CBD.

Kini sudah 11 tahun acara itu diadakan dan ia mempunyai kategori perlumbaan profesional dan juga santai.

Pada tahun ini, penganjurnya memperkenalkan beberapa inisiatif mesra alam. Contohnya bib-bib acaranya dimasukkan ke dalam sampul kertas yang tidak menggunakan bahan kayu serta bungkusan pingat yang menggunakan kertas mesra alam.

Selain itu lebih 100 pokok akan ditanam kawasan Bukit Timah - satu untuk setiap 50 peserta.

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan