Images
  • Sea Games
    (Gambar: CNA)

Obor Sukan SEA diserahkan kepada tuan rumah Filipina

KUALA LUMPUR: Api Obor Sukan SEA sudah diserahkan kepada tuan rumah kejohanan sukan serantau itu tahun ini, Filipina dalam satu upacara di Kuala Lumpur.

Sukan SEA 2019 akan bermula pada 30 November ini.

Para pegawai Filipina yakin kejohanan sukan edisi ke-30 itu akan berjalan lancar walaupun ada beberapa masalah seperti peralatan sukan yang masih belum dihantar.

Terdapat juga laporan mengenai kelengahan dalam menyiapkan kemudahan-kemudahan sukan.

Namun Ketua Pegawai Operasi Sukan SEA Filipina, Ramon Suzara memberi jaminan bahawa negaranya akan siap untuk memulakan kejohanan itu pada 30 November nanti.

- CNA/HK/ha

Top