Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nur Syahidah Alim juara dunia pertama S'pura Kejohanan Memanah Para Dunia 2019

Pemanah kurang upaya negara, Nur Syahidah Alim, menjadi juara dunia pertama Singapura selepas memenangi kategori terbuka wanita di Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Belanda pada Sabtu (8 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Nur Syahidah Alim juara dunia pertama S'pura Kejohanan Memanah Para Dunia 2019

Nur Syahidah Alim menjadi juara dunia pertama Singapura di Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Belanda pada Sabtu (8 Jun). (Gambar: World Archery)

Diterbitkan : 09 Jun 2019 02:50PM Dikemas Kini : 09 Jun 2019 05:58PM

SINGAPURA: Pemanah kurang upaya negara, Nur Syahidah Alim, menjadi juara dunia pertama Singapura selepas memenangi kategori terbuka wanita acara 'compound' di Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Belanda pada Sabtu (8 Jun).

Pusingan terakhir acara sukan tersebut menyaksikan persaingan sengit antara Syahidah, 33 tahun, dengan juara bertahan dari Britain, Jessica Stretton yang berusia 19 tahun.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh World Archery, Syahidah mendahului pesaingnya dengan kelebihan hanya satu mata sebanyak dua kali. Namun selepas lima pusingan, kedua-dua atlet terikat dengan memperolehi 141 mata dan terpaksa berentap dalam pusingan penentu.

"Saya rasa ia pertandingan yang amat sengit. Saya berasa agak gementar tetapi dengan bantuan jurulatih saya, saya dapat memberi tumpuan kepada apa yang harus saya lakukan," kata Syahidah.

Ini adalah kali pertama beliau membuat penampilan dalam kejohanan dunia tersebut.

"Saya hanya menumpukan perhatian kepada suara jurulatih saya, serta proses dan rutin saya.

"Ia satu detik yang sangat menggembirakan buat saya. Inilah pingat emas saya yang pertama di Kejohanan Para Dunia," katanya.

Syahidah turut menyifatkan kemenangan itu sebagai satu kejutan besar sambil melahirkan rasa berbesar hati dan bangga kerana berjaya merangkul pingat emas bagi Singapura.

Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 diadakan dari 3 hingga 9 Jun di Hertogenbosch, Belanda. 

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan