Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Novak Djokovic singkirkan Kei Nishikori untuk mara ke peringkat akhir Terbuka AS

Harapan Jepun untuk menggandakan kejayaan di kejohanan tenis terbuka Amerika meleset selepas Kei Nishikori berjaya disingkirkan Novak Djokovic, dalam "straight set".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Sep 2018 07:21PM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 09:23PM

AMERIKA SYARIKAT: Harapan Jepun untuk menggandakan kejayaan di kejohanan tenis terbuka Amerika meleset selepas Kei Nishikori berjaya disingkirkan Novak Djokovic, dalam "straight set".

Sehari selepas Naomi Osaka melayakkan diri ke perlawanan akhir wanita, giliran Nishikori pula memburu tempat yang sama.

Naib juara 2014 itu meraih dua peluang menentukan mata penentuan tetapi akhirnya gagal menyempurnakannya.

Sebaliknya Djokovic yang menyempurnakan 80 peratus pukulan "serve".

Pemain Serb itu akhirnya menang 6-3, 6-4, 6-2 untuk menang 15 daripada 17 pertemuan menentang Nishikori.

Jika Djokovic menang esok, ia akan menyaingi rekod 14 Kejohanan Grand Slam yang dipegang Pete Sampras.

Lawan Djokovic esok adalah pemain Argentina Juan Martin del Potro.

Del Potro layak ke peringkat akhir selepas juara bertahan Rafael Nadal terpaksa berundur kerana masalah lutut.

Dua kali Nadal meminta bantuan perubatan dalam perlawanan separuh akhir itu sebelum berundur.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan