Novak Djokovic melangkah ke pusingan separuh akhir Tenis Terbuka Perancis
Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic pada Rabu (7 Okt)kembali mempamerkan kehebatannya dengan menempah tiket di separuh akhir Terbuka Perancis 2020, lapor Agensi Anadolu.
ISTANBUL: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic pada Rabu (7 Okt)kembali mempamerkan kehebatannya dengan menempah tiket di separuh akhir Terbuka Perancis 2020, lapor Agensi Anadolu.
Djokovic mengalahkan pemain Sepanyol, Pablo Carreno Busta 4-6, 6-2, 6-3, 6-4 di suku akhir.
Pemain itu bakal bertemu Stefanos Tsitsipas dari Greece, yang mara ke separuh akhir selepas melakar kemenangan 7-5, 6-2, 6-3 ke atas Andrey Rublev dari Rusia.
Dalam perseorangan wanita, pilihan keempat Sofia Kenin menewaskan Danielle Collins 6-4, 4-6, 6-0 untuk merebut tempat di separuh akhir.
Pemain Amerika Syarikat itu akan bertemu Petra Kvitova dari Republik Czech, yang menewaskan pemain Jerman, Laura Siegemund 6-3, 6-3 dalam pertarungan straight set pada Rabu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.