Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nikmati, jangan gerun pada Old Trafford, Solskjaer beritahu Man Utd

Pasukan Manchester United kembali ke Old Trafford untuk kali pertama di bawah pengurusan Ole Gunnar Solskjaer dalam perlawanan menentang Huddersfield pada 26 Disember dengan semangat baru selepas menjaringkan lima gol dalam perlawanan Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Nikmati, jangan gerun pada Old Trafford, Solskjaer beritahu Man Utd

Ole Gunnar Solskjaer. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Dec 2018 03:15PM Dikemas Kini : 25 Dec 2018 03:18PM

MANCHESTER: Pasukan Manchester United kembali ke Old Trafford untuk kali pertama di bawah pengurusan Ole Gunnar Solskjaer dalam perlawanan menentang Huddersfield pada 26 Disember dengan semangat baru selepas menjaringkan lima gol dalam perlawanan Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Tugas pemangku jawatan pengurus dari Norway sehingga akhir musim itu bermula dengan baik apabila United melepaskan diri daripada belenggu yang menyebabkan prestasi hambar di bawah pengurusan Jose Mourinho, untuk membelasah Cardiff 5-1.

United bagaimanapun masih menghadapi cabaran besar untuk merapatkan jurang lapan mata hanya untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan dengan menduduki empat tangga teratas.

Namun peluang menonton sebuah pasukan dengan cara permainan yang dikenali dari sejarahnya sudah cukup menguja sekali lagi para peminat United.

"Saya rasa para pemain tidak sabar untuk bermain di Old Trafford dan itu adalah penting. Kami menantikannya, mereka adalah peminat terbaik di dunia," kata Solskjaer apabila ditanya sama ada anggota pasukan United sekarang merasakan tekanan bermain di padang sendiri dengan mengenakan jersi merah mereka yang terkenal.

Solskjaer jelas digemari oleh para peminat United, setelah menjaringkan 126 gol dalam 11 musim sebagai seorang pemain. Ini termasuk gol yang beliau jaringkan untuk membantu Red Devils memenangi Liga Juara-Juara pada 1999.

Semasa perlawanan yang menyaksikan United menjaringkan lima gol buat pertama kali sejak perlawanan terakhir di bawah Alex Ferguson, Solskjaer diberi sorakan oleh para peminat.

"Saya hanya berharap dalam tempoh lima bulan akan datang saya melakukan cukup baik untuk mereka terus mendendangkan nama saya apabila orang lain pula menjadi pengurus," tambah Solskjaer.

"Bersikap positif sahaja. Ambil risiko," kata Jesse Lingard, yang menjaringkan gol dua kali di Cardiff, apabila ditanya tentang pesanan Solskjaer bagi anak-anak buahnya.

"Jika anda terlepas bola, dapatkan semula, dan main cara United - main secara menyerang, main secara menghiburkan. Bagi kami sebagai pemain, kami menikmatinya hari ini." 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan