Images
  • neymar brazil
    (Gambar: REUTERS)

Neymar, Firmino dan Gabriel Jesus turun padang lawan Senegal, Nigeria di Stadium Negara bulan depan

SINGAPURA: Neymar, Roberto Firmino dan Gabriel Jesus dijangka menjadi antara bintang Samba yang akan menunjukkan taring mereka di depan khalayak peminat bola sepak tempatan bulan depan. Ini setelah gergasi bola sepak Amerika Selatan, Brazil, pada Jumaat (20 Sep) mengumumkan skuad seramai 23 pemain yang akan ditampilkan dalam dua perlawanan persahabatan di Singapura.

Sebagai sebahagian daripada Jelajah Dunia Brazil 2019, pemenang Piala Dunia lima kali itu akan bersemuka dengan Senegal pada 10 Oktober sebelum berentap dengan Nigeria pada 13 Oktober.

Selain bintang Paris Saint Germain Neymar, pemain handalan Liverpool Firmino dan bintang lincah Manchester City Jesus, persekutuan bola sepak Brazil mengumumkan di laman web rasminya pasukan tersebut yang turut terdiri daripada penjaga gawang Manchester City Ederson, para pemain PSG Marquinhos dan Thiago Silva, pemain Bayern Munich Philippe Coutinho, Fabinho dari Liverpool serta Richarlison dari Everton.

Ini merupakan kali kedua Brazil bermain di Hab Sukan Singapura. Brazil menewaskan Jepun 4-0 dalam perlawanan antarabangsa pertama di sana pada 2014.

Kesemua empal gol itu dijaringkan oleh Neymar.

Pada 2008, pasukan Olimpik Brazil menentang pasukan pilihan Singapura di Stadium Negara yang lama sebagai sebahagian persiapan menjelang perlawanan di Beijing.

Brazil menang 3-0 dalam perlawanan tersebut. 

- CNA/FZ/fz

Top