Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Neymar bangkit dari kecederaan, cerahkan peluang Brazil dalam Piala Dunia

Peluang Neymar untuk beraksi bersama pasukan Brazil dalam Piala Dunia akan datang, nampaknya cerah.

Anggaran Waktu Membaca:
Neymar bangkit dari kecederaan, cerahkan peluang Brazil dalam Piala Dunia

Neymar menyambut gol pertamanya. (Gambar: ANDREW YATES/REUTERS)

Diterbitkan : 04 Jun 2018 05:48PM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 05:51PM

LIVERPOOL: Peluang Neymar untuk beraksi bersama pasukan Brazil dalam Piala Dunia akan datang, nampaknya cerah.

Pemain penyerang pasukan Paris-Saint-Germain itu menunjukkan prestasi hebat dalam penampilan pertamanya sejak mengalami kecederaan.

Neymar diturunkan sebagai pemain ganti dalam babak kedua perlawanan persahabatan Brazil menentang Croatia.

Mujur, beliau berjaya menjaringkan satu daripada dua gol kemenangan Brazil dalam perlawanan yang berlangsung semalam (3 Jun) itu.

Pemain termahal dunia tersebut tidak beraksi sejak akhir Februari lalu akibat cedera di kaki.

Sudah pasti kemunculan semula Neymar itu amat menggembirakan para penyokong Brazil dan mencerahkan peluang pasukan berkenaan untuk menjulang Piala Dunia di Rusia nanti.

SEPANYOL, SWITZERLAND SERI

Dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Sepanyol, pasukan tuan rumah hanya mampu seri 1-1 ketika menentang Switzerland.

Sepanyol, juara dunia 2010, akan menentang Portugal dalam perlawanan pertamanya di Rusia pada 15 Jun.

Keputusan perlawanan persahabatan Piala Dunia:

Brazil 2 Croatia 0

Costa Rica 3 Northern Ireland 0

Peru 3 Saudi Arabia 0

Spain 1 Switzerland 1

Sumber : AFP/NT/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan