Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nasib terus menyebelahi West Ham dengan kemenangan ke atas Aston Villa

West Ham United naik ke tangga kelima dalam Liga Perdana England dengan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa pada Isnin (30 Nov). Buat perlawanan kedua berturut-turut di padang sendiri, nasib menyebelahi mereka apabila tendangan penalti pasukan lawan tidak menepati sasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Nasib terus menyebelahi West Ham dengan kemenangan ke atas Aston Villa

Pemain West Ham Jarrod Bowen jaringkan gol kedua atasi Aston Villa pada 30 Nov 2020 (Gambar: REUTERS/Neil Hall)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 08:36AM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 08:40AM

LONDON: West Ham United naik ke tangga kelima dalam Liga Perdana England dengan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa pada Isnin (30 Nov). Buat perlawanan kedua berturut-turut di padang sendiri, nasib menyebelahi mereka apabila tendangan penalti pasukan lawan tidak menepati sasaran.

Gol-gol yang dijaringkan oleh Angelo Ogbonna dan Jarrod Bowen pada permulaan separuh masa pertama dan kedua meletakkan West Ham di kedudukan hadapan, sedang tendangan penalti Ollie Watkins bagi Villa terkena palang gol.

Watkins kemudian menyangka beliau telah menebusi kesilapan semasa waktu tambahan namun gol yang dijaringkannya dibatalkan menerusi VAR kerana sedikit ofsaid.

Jack Grealish pada awalnya menyamakan kedudukan pada minit ke-25 namun ia merupakan malam mengecewakan bagi Villa yang jika menang, boleh naik ke tangga keempat.

Kemenangan ketiga berturut-turut bagi West Ham bererti mereka kini mempunyai 17 mata daripada 10 perlawanan, empat mata di belakang pendahulu Tottenham Hotspur. Villa jatuh ke tangga ke-10 dengan 15 mata daripada sembilan perlawanan.

Tiga minggu lalu West Ham menewaskan Fulham 1-0 di Stadium London selepas satu penalti lewat oleh Ademola Lookman tersasar dan mereka sekali lagi bernasib baik dengan berjaya merangkul mata, walaupun ketinggalan sepanjang sebahagian besar perlawanan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan