Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nasib Sepanyol ibarat telur di hujung tanduk jelang perlawanan lawan Greece

Ketua jurulatih Sepanyol Luis Enrique menegaskan tiada tekanan boleh menggugatnya menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 menentang Greece.

Anggaran Waktu Membaca:
Nasib Sepanyol ibarat telur di hujung tanduk jelang perlawanan lawan Greece

Jurulatih pasukan Sepanyol, Luis Enrique. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Nov 2021 03:38PM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 03:40PM

MADRID: Ketua jurulatih Sepanyol Luis Enrique menegaskan tiada tekanan boleh menggugatnya menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 menentang Greece.

Juara dunia 2010 itu bakal bertandang ke Athens pada awal pagi esok (12 Nov), dengan nasib mereka kini di hujung tanduk untuk melayakkan diri secara automatik ke temasya Qatar 2022.

Sekiranya Sweden terlebih dahulu mengalahkan Georgia dalam perlawanan Kumpulan B, maka kedudukan teratas adalah dalam genggaman Sepanyol sekalipun memungut tiga mata ke atas Greece.

Malah, skuad kendalian John van't Schip itu masih mampu menjamin tempat kedua teratas jika mereka menewaskan La Roja selepas seri 1-1 dalam perlawanan timbal balik pada Mac lalu.

Namun, Luis Enrique tidak percaya kegusaran terlepas tiket untuk menjamin pusingan akhir tahun depan akan menjejas persiapan mereka.

"Luis Enrique dilahirkan dengan tekanan," katanya kepada pemberita malam tadi.

“Saya berdepan dengan tekanan sejak berusia 18 tahun dan saya berasa selesa.
“Selepas melihat bagaimana anak buah saya berlatih, saya hanya mampu menyampaikan keyakinan yang mereka berikan kepada saya.

"Kami berdepan tekanan dalam setiap perlawanan. Saya belum mahu merujuk kepada mana-mana perlawanan lain.

"Greece adalah sebuah pasukan yang sangat teratur, itulah hakikatnya.
Dalam pertemuan sebelum ini, kami mencipta sedikit peluang dan ia tidak berjalan seperti yang kami hajati. Mereka bermain dengan baik dan itulah sebabnya kami harus bijak ketika mengasak.

"Saya menerapkan corak permainan yang memastikan pihak lawan akan terperangkap di dalam kubu mereka sendiri," menurut Luis Enrique.

Bagi Sepanyol, situasi perlawanan itu dianggap sama seperti pertemuan menentang Slovakia di peringkat kumpulan Euro 2020 apabila kemenangan 5-0 membawa mereka ke pusingan kalah mati untuk mengiringi Sweden selepas seri dua perlawanan pembukaan.

Jika menang kelak, anak buah Enrique akan menuju ke perlawanan terakhir menentang Sweden sambil menyedari nasib mereka masih di dalam kawalan mereka sendiri.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan