Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nasib Presiden Persatuan Sepak Takraw M'sia akan diketahui hari ini

Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Ahmad Ismail akan diketahui hari ini (5 Mei) apabila prosiding tatatertib terhadapnya didengar oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Nasib Presiden Persatuan Sepak Takraw M'sia akan diketahui hari ini

Presiden Persatuan Sepak Takraw M'sia Ahmad Ismail. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 05 May 2021 11:22AM Dikemas Kini : 05 May 2021 11:24AM

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Ahmad Ismail akan diketahui hari ini (5 Mei) apabila prosiding tatatertib terhadapnya didengar oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

Demikian menurut laporan Berita Harian Malaysia hari ini.

Perbicaraan yang bakal menentukan masa depannya sama ada digantung atau tidak, bakal diadili menerusi aplikasi Zoom selepas badan induk itu mendapati Ahmad melakukan percubaan untuk menjatuhkan maruah ASTAF.

Dalam surat mengandungi perincian pendaftaran aplikasi yang ditujukan kepada Ahmad dan ditandatangani Presiden ASTAF, Abdul Halim Kader itu menyatakan, Presiden PSM perlu mengemukakan bukti relevan ketika sesi pendengaran terbabit.

"Tertakluk kepada sebarang keputusan pengerusi, yang difikirkan terbaik bagi kelancaran mesyuarat, anda dibenarkan untuk membuat kenyataan seperti mana anda pilih dan menyediakan apa juga bukti atau perkara yang difikirkan wajar untuk dibentangkan dalam sesi perbicaraan," menurut surat tersebut, dipetik oleh Berita Harian Malaysia.

Surat itu turut menyatakan, sekiranya Ahmad tidak boleh menghadiri Perbicaraan Tatatertib tersebut, presiden PSM berkenaan perlu mengemukakan kenyataan lengkap.

"Bagi mengelakkan keraguan, Perbicaraan Tataterbib akan meneruskan pendengaran ini walaupun anda memilih untuk tidak hadir ataupun menyediakan sebarang bukti.

"Sekiranya anda tidak menghadiri Perbicaraan Tatatertib terhadap anda pada 5 Mei 2021, Perbicaraan Tatatertib akan diteruskan untuk mendengar dan membincangkan tuduhan terhadap anda sekiranya anda tidak hadir," katanya, menurut laporan Berita Harian Malaysia.

Ahmad juga tidak dibenarkan untuk membawa peguam namun dibenarkan untuk menghantar wakil daripada pegawai PSM yang bukan ahli ASTAF seperti mana termaktub dalam Prosedur Tatatertib dan Peraturan Perlembagaan ASTAF.

Sebelum ini, Ahmad didakwa atas empat pertuduhan termasuk melanggar Artikel 5.5 undang-undang ASTAF dengan menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dengan harapan kedua-dua pihak itu akan campur tangan dalam keputusan pemilihan ASTAF yang berlangsung 1 Mac lalu.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan