Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Naomi Osaka tewaskan Serena Williams di peringkat akhir kejohanan terbuka Amerika

Pemain tenis Jepun Naomi Osaka mencatat kemenangan mengejut ke atas idolanya Serena Williams dalam peringkat akhir kejohanan terbuka Amerika.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Sep 2018 09:01PM Dikemas Kini : 09 Sep 2018 09:08PM

AMERIKA SYARIKAT: Pemain tenis Jepun Naomi Osaka mencatat kemenangan mengejut ke atas idolanya Serena Williams dalam peringkat akhir kejohanan terbuka Amerika.

Kemenangan tersebut juga bermakna Osaka ialah peserta Jepun pertama yang memenangi pertandingan perseorangan Grand Slam.

Kejayaan Osaka, 20 tahun, bagaimanapun tidak mendapat perhatian utama dalam perlawanan itu.

Sebaliknya, tindakan Williams yang menyebabkan peserta Amerika Syarikat itu diberikan tiga amaran menjadi perbualan hangat para penggemar sukan ini.

Williams membidas pengadil sebagai penipu dan pencuri.

Beliau juga meminta pengadil berkenaan memohon maaf kerana memberikannya amaran pertama.

Amaran ketiga dan terakhir pengadil adalah memberikan penalti yang membolehkan Osaka mendahului Williams dengan kedudukan 5-3 dalam set kedua.

Osaka akhirnya memenangi perlawanan itu dengan keputusan 6-2, 6-4. 

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan