Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nagelsmann tolak lamaran Real Madrid gantikan Zidane

Julian Nagelsmann menolak peluang untuk menggantikan Zinedine Zidane di Real Madrid

Anggaran Waktu Membaca:
Nagelsmann tolak lamaran Real Madrid gantikan Zidane

(Gambar fail: AFP/Adek Berry)

Diterbitkan : 26 Jul 2018 01:14PM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 01:17PM

JERMAN: Julian Nagelsmann mendedahkan bahawa beliau menolak peluang untuk menggantikan Zinedine Zidane di Real Madrid, menurut Astro Awani.

Astro Awani melaporkan bahawa pengurus berusia 31 tahun itu dianggap sebagai jurulatih muda terbaik di Eropah berdasarkan kejayaan Hoffenheim yang layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL), sejak dua musim lalu. Ia satu pencapaian yang mendorong seteru Bundesliga, RB Leipzig, untuk merekrut perkhidmatannya bermula musim 2019.

Nagelsmann akan menghabiskan tahun terakhirnya di Rhein-Neckar-Arena sebelum menyertai Leipzig, tetapi ia mungkin menjadi cerita yang jauh berbeza apabila beliau menerima tawaran Madrid menyusuli pengunduran Zidane selepas memenangi UCL ketiga, berturut-turut.

Menurut laporan Astro Awani itu, beliau pada usia muda, walaupun bangga dengan minat dari Santiago Bernabeu, berasakan jawatan besar di luar negara bukanlah langkah yang bijak, dengan Julen Lopetegui mengambil alih jawatan tersebut yang mendorong pemecatannya daripada tugasan bersama Sepanyol menjelang Piala Dunia 2018.

"Madrid menghubungi saya," kata Nagelsmann kepada pihak media, 11Freunde.

"Siapa yang akan meletak telefon? Kelab Bola Sepak Alam Semesta tidak wujud, maka tiada lagi kelab yang lebih besar daripada Real Madrid.

"Bagaimanapun, saya baru berusia 31 tahun, saya masih mempunyai peluang yang lain, saya tidak mahu berpindah ke luar negara.

"Jika kerjaya kejurulatihan saya berterusan, saya mungkin mempunyai peluang lain untuk menerajui kelab itu nanti. Selain itu juga ia atas alasan keluarga, tidak sesuai untuk saya ke luar negara.

"Masalah besarnya mengenai manusia adalah kecenderungan untuk memaksimumkan pencapaian. Semuanya mahu lebih daripada jiran anda, untuk mempunyai kereta terbesar, akaun bank terbesar, rumah terbesar. Saya tidak mahu seperti itu," kata beliau.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan