Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nadal tewaskan Del Porto, Thiem menanti di peringkat akhir

Rafael Nadal menafikan peluang Juan Martin del Potro untuk ke peringkat akhir Kejohanan Terbuka Perancis selepas menang 6-4, 6-1, 6-2.

Anggaran Waktu Membaca:
Nadal tewaskan Del Porto, Thiem menanti di peringkat akhir

Gambar: Benoit Tessier/REUTERS

Diterbitkan : 09 Jun 2018 08:34AM Dikemas Kini : 09 Jun 2018 08:36AM

PARIS: Rafael Nadal menafikan peluang Juan Martin del Potro untuk ke peringkat akhir Kejohanan Terbuka Perancis selepas menang 6-4, 6-1, 6-2.

Dalam saingan semalam (9 Jun), pemain Argentina, Del Potro yang pada set pertama memberi tekanan kepada Nadal, gagal meneruskan rentak cemerlangnya itu.

"Set pertama amat mencabar dengan peluang memihak kepada Juan Martin. Saya bernasib baik berjaya menang juga set pertama dan selepas itu beraksi dengan lebih agresif," kata Nadal, yang kini menyamai pencapaian Roger Federer untuk ke peringkat akhir yang kesebelas termasya berkenaan.

"Saya sangat gembira dapat kembali ke peringkat akhir di Roland Garros. Bagi saya ia amat menakjubkan.

"Thiem menewaskan saya di Madrid tahun ini dengan permainan hebatnya. Saya sedar saya perlu memberikan persembahan terbaik saya untuk menang Ahad ini. Saya yakin sudah sedia untuk peringkat akhir,” tambah jaguh Sepanyol itu.

Federer, yang tidak mengambil bahagian tahun ini memegang rekod 11 kali beraksi di peringkat akhir Wimbledon dengan lapan kemenangan.

Hasil kemenangan tersebut, Nadal berjaya ke peringkat akhir dan bakal bertemu dengan Dominic Thiem esok (10 Jun).

Kehandalan Nadal di gelanggang tanah liat di Roland Garros ternyata memberikannya kelebihan sebagai pemain pilihan untuk mengatasi Thiem.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan