Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nadal tarik diri daripada kejohanan Antarabangsa Brisbane sebab masalah paha

Rafael Nadal menarik diri daripada kejohanan Antarabangsa Brisbane akibat masalah di paha kirinya. Menurut pemain dari Sepanyol itu, beliau tidak mahu mengambil risiko mengalami kecederaan menjelang pertandingan Terbuka Australia bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Nadal tarik diri daripada kejohanan Antarabangsa Brisbane sebab masalah paha

Rafael Nadal. (Gambar: Reuters/Suhaib Salem)

Diterbitkan : 02 Jan 2019 09:46PM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 09:48PM

BRISBANE: Rafael Nadal menarik diri daripada kejohanan Antarabangsa Brisbane akibat masalah di paha kirinya.

Menurut pemain dari Sepanyol itu, beliau tidak mahu mengambil risiko mengalami kecederaan menjelang pertandingan Terbuka Australia bulan ini.

"Ia perkara kecil yang boleh menjadi besar...apabila bahagian otot tertekan ia boleh bertambah teruk," menurut Nadal yang ditukil oleh para penganjur pertandingan itu.

"Saya rasa lebih baik hari ini berbanding empat hari lalu...Bermain di sini selama sebulan boleh menimbulkan risiko kecederaan pada tubuh saya."

Taro Daniel akan menggantikan Nadal dalam pusingan kedua menentang Jo-Wilfried Tsonga. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan