Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

'Mustahil': Penduduk Tokyo bimbang penganjuran Olimpik

Ketika Tokyo memulakan keadaan darurat keduanya pada Jumaat (8 Jan), ramai penduduk yakin bahawa adalah sukar, bahkan mustahil, untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dengan selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
'Mustahil': Penduduk Tokyo bimbang penganjuran Olimpik

Lambang Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun (Gambar: REUTERS/Issei Kato)

Diterbitkan : 08 Jan 2021 07:09PM Dikemas Kini : 08 Jan 2021 07:16PM

TOKYO: Ketika Tokyo memulakan keadaan darurat keduanya pada Jumaat (8 Jan), ramai penduduk yakin bahawa adalah sukar, bahkan mustahil, untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dengan selamat.

Kerajaan Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan pada Mac untuk menangguhkan Sukan Olimpik selama setahun ekoran pandemik COVID-19. Temasya sukan sedunia itu dijadualkan bermula dalam masa kurang dari 200 hari dan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga menekankan sekali lagi pada Khamis niatnya untuk mengadakan temasya tersebut.

Namun, tinjauan pada Disember oleh penyiar awam NHK menunjukkan sepertiga penduduk Jepun mahu Sukan itu dibatalkan kerana bimbang kemasukan jumlah tinggi warga asing boleh menyebabkan lonjakan lanjut bilangan kes COVID-19. Dalam tinjauan yang sama, 31 peratus responden memilih penundaan sekali lagi, sementara hanya 27 peratus berkata Olimpik patut diteruskan seperti yang dijadualkan.

"Saya rasa sukar. Mustahil adakan Olimpik," kata Tatsuhiko Akamasu, 75 tahun, yang mengunjungi Tokyo pada Jumaat dari bandar Saitama yang berdekatan.

"Hanya dua setengah bulan sebelum larian obor. Saya tidak fikir kita dapat tangani virus itu dalam tempoh ini."

Larian obor 121 hari, yang biasanya menandakan detik kiraan ke Sukan Olimpik, akan bermula di Fukushima pada 25 Mac, tarikh yang dinanti-nantikan kerana tidak lama sebelum acara tersebut dijadual tahun lalu, keputusan penangguhan Olimpik dibuat.

"Saya rasa kemungkinan besar kita tidak akan mengadakan Olimpik, dan saya lebih suka kerajaan membuat keputusan untuk membatalkannya," kata Hisashi Miyabe, 74 tahun.

Lebih 15,000 atlit dari seantero dunia dijangka tiba di Tokyo untuk temasya tersebut, yang menimbulkan kebimbangan mereka mungkin membawa mutasi virus baru ke Jepun.

"Saya rasa interaksi antara orang akan menyebabkan penyebaran lanjut virus korona itu, dan kemungkinan besar virus itu boleh melalui mutasi sekiranya bilangan jangkitan meningkat. Saya merasa ia agak menakutkan," kata pelajar berusia 23 tahun, Yuki Furusho.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan