Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Musim baru Liga Perdana S'pura diteruskan, langkah bendung virus korona dilaksana: FAS

Musim baru Liga Perdana Singapura (SPL) akan diteruskan seperti yang dirancang, dengan langkah-langkah seperti pemeriksaan suhu badan dilaksanakan di pintu masuk stadium, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Isnin (10 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Musim baru Liga Perdana S'pura diteruskan, langkah bendung virus korona dilaksana: FAS

(Gambar: Matthew Mohan/Mediacorp)

Diterbitkan : 10 Feb 2020 06:09PM Dikemas Kini : 10 Feb 2020 06:15PM

SINGAPURA: Musim baru Liga Perdana Singapura (SPL) akan diteruskan seperti yang dirancang, dengan langkah-langkah seperti pemeriksaan suhu badan dilaksanakan di pintu masuk stadium, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Isnin (10 Feb).

Langkah-langkah tersebut diperkenalkan berdasarkan "keadaan pesat berkembang" ekoran penularan virus korona baru (2019-nCoV), jelas FAS. Badan tersebut juga sudah menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk menentukan protokol dan nasihat untuk kegiatan-kegiatannya di tengah-tengah penularan virus itu.

Sebagai sebahagian daripada protokol FAS bagi DORSCON Jingga, acara yang melibatkan 300 orang atau lebih - seperti perlawanan SPL - akan diteruskan, namun dengan langkah-langkah dilaksanakan seperti pemeriksaan suhu di pintu masuk acara.

Mana-mana peminat yang menunjukkan simptom penyakit pernafasan seperti selesema, batuk atau sesak nafas akan dilarang masuk ke stadium, menurut FAS. Mana-mana peminat dengan suhu badan 38 darjah Celsius atau lebih juga tidak akan dibenarkan masuk.

Di samping itu, semua kegiatan karnival, pesta dan acara bola sepak yang tidak penting akan dibatalkan, tambah FAS. Terdapat juga kemungkinan perlawanan boleh dianjurkan tanpa penonton.

Pemain SPL akan dipantau suhu badan mereka di tempat latihan dan perlawanan.

Mana-mana pemain yang menunjukkan simptom penyakit pernafasan seperti selesema, batuk atau sesak nafas tidak akan dibenarkan menyertai sesi latihan atau perlawanan kompetitif, tambah FAS. Peraturan yang sama dikenakan ke atas pemain dengan suhu badan 38 darjah Celsius atau lebih.

Pemain juga akan dinasihatkan agar tidak berkongsi barangan peribadi termasuk botol air, dan harus memaklumkan kepada pengurus pasukan jika mereka berasa tidak sihat sebelum dan atau semasa sesi latihan atau perlawanan, menurut FAS.

"Semua pemain dinasihatkan supaya mematuhi dan mengekalkan piawaian kebersihan diri yang tinggi," tegas FAS.

Musim 2020 dijadualkan bermula pada 22 Feb dengan perlawanan Piala Masyarakat AIA antara juara Brunei DPMM dengan Tampines Rovers.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan