Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mourinho tidak rancang kembali urus kelab pada musim akan datang

Jose Mourinho berkata beliau tidak menjangkakan akan kembali  kepada pengurusan kelab pada musim akan datang ekoran dipecat pihak Liga Perdana Tottenham Hotspur dan akan menantikan kelab yang tepat dengan budaya yang betul.

Anggaran Waktu Membaca:
Mourinho tidak rancang kembali urus kelab pada musim akan datang

Mourinho. (Gambar: Jose Jordan/AFP)

Diterbitkan : 01 May 2021 08:10PM Dikemas Kini : 01 May 2021 08:12PM

REUTERS: Jose Mourinho berkata beliau tidak menjangkakan akan kembali kepada pengurusan kelab pada musim akan datang ekoran dipecat pihak Liga Perdana Tottenham Hotspur dan akan menantikan kelab yang tepat dengan budaya yang betul.

Mantan jurulatih Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid and Manchester United itu dipecat oleh Tottenham selepas 17 bulan menerajui kelab London itu dan enam hari sebelum kekalahan 0-1 kepada Manchester City dalam perlawanan akhir Piala Liga.

Mourinho, 58 tahun, berkata beliau tidak terburu-buru untuk kembali semula membimbing kelab lain dan menjangkakan bekerja sebagai seorang penganalisis semasa Kejohanan Eropah tahun ini.

"Saya tidak ada sebarang rancangan. Saya akan teruskan dengan kehidupan saya. Saya rasa bertenaga. Saya rasa tenang. Saya kini bercuti. Saya ada lebih banyak masa untuk melakukan tugasan rumah dan analisis," kata Mourinho dalam satu wawancara.

"Saya akan tunggu untuk kembali dalam arena bola sepak. Bukan sahaja bagi kelab yang tepat tetapi budaya yang betul. Mungkin terlalu awal untuk menyasarkan musim akan datang, kita tunggu dan lihat sahaja."

Spurs berada di puncak liga pada Disember lalu sebelum deretan keputusan mengecewakan bagi separuh kedua musim 2020-21. Kedudukannya merosot ke tangga ketujuh dengan 53 mata daripada 33 perlawanan menjelang perlawanan menentang Sheffield United pada Ahad. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan