Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mourinho puji perpaduan United meski tewas di tangan Spurs

Jose Mourinho memuji perpaduan yang dipamerkan pasukan Manchester United meskipun mereka tewas 3-0 kepada Tottenham Hotspurs. Beliau menulis demikian di lamannya sendiri, pada Selasa (28 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Mourinho puji perpaduan United meski tewas di tangan Spurs

Gambar Jose Mourinho. (Gambar: OLI SCARFF / AFP)

Diterbitkan : 28 Aug 2018 03:28PM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 03:30PM

MANCHESTER: Jose Mourinho memuji perpaduan yang dipamerkan pasukan Manchester United meskipun mereka tewas 3-0 kepada Tottenham Hotspurs. Beliau menulis demikian di lamannya sendiri, pada Selasa (28 Ogos).

Manchester United memperlihatkan prestasi yang lebih baik di Old Trafford berbanding ketika tewas 3-2 kepada Brighton and Hove Albion, Ahad lalu (26 Ogos), tetapi mereka menentang sebuah pasukan yang sentiasa bersedia menghukum sebarang kelemahan.

Spurs dengan pantas mengukuhkan pendahuluan 2-0 pada awal babak kedua menerusi Harry Kane dan Lucas Moura, dengan pemain Brazil itu menambah satu lagi gol bagi memastikan kekalahan paling teruk di padang sendiri dalam kerjaya Mourinho sebagai pengurus.

Pertahanan United kelihatan sangat goyah sepanjang perlawanan, dengan Phil Jones bergelut sebelum mengalami kecederaan, tetapi Mourinho enggan sekali lagi menyerang pengurusan kelab itu kerana tidak menyediakannya dengan pemain pertahanan sebelum musim baru bermula.

"Pasaran ditutup, tiada pasaran sehingga Januari," katanya kepada Sky Sports. "Apa yang perlu saya katakan tentang itu, saya sudah katakan dan saya tidak mahu mengatakan lagi mengenai perkara itu.

"Saya hanya fikir jika sesiapa yang menonton perlawanan ini, dan beribu-ribu peminat kami melihat perlawanan, satu perkara yang mereka tahu sudah pasti adalah pasukan bersatu."

Sebaliknya, Mourinho begitu bersemangat memberi penghormatan kepada persembahan secara umum dan yakin United hanya kelihatan kalah ketika Spurs menambah gol ketiga mereka.

Sumber : Agensi berita/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan