Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mourinho dipecat sebagai pengurus Tottenham Hotspur

Jose Mourinho dipecat sebagai pengurus Tottenham Hotspur pada Isnin (19 April) selepas deretan prestasi mengecewakan pasukan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mourinho dipecat sebagai pengurus Tottenham Hotspur

Mourinho. (Gambar: Jose Jordan/AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 08:24PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 08:32PM

LONDON: Jose Mourinho dipecat sebagai pengurus Tottenham Hotspur pada Isnin (19 April) selepas deretan prestasi mengecewakan pasukan itu.

Dalam satu kenyataan, pasukan Liga Perdana England itu mengumumkan: "Kelab hari ini dapat mengumumkan bahawa Jose Mourinho dan kakitangan pelatihnya Joao Sacramento, Nuno Santos, Carlos Lalin dan Giovanni Cerra telah dilucutkan dari tugas mereka."

Hasil seri 2-2 pada Jumaat menentang Everton meletakkan Tottenham, finalis Liga Juara-Juara pada 2019, di tempat ketujuh dalam saingan Liga Perdana dan tidak mungkin mencapai kedudukan empat teratas.

Mourinho mengambil alih tugas pengurus pada November 2019, menggantikan Mauricio Pochettino, dan membimbing Tottenham ke kedudukan keenam pada musim pertamanya pada Disember 2020.

Namun deretan prestasinya yang mengecewakan setelah itu menyaksikan pasukan tersebut ketinggalan di belakang pendahulu liga, Manchester City, dengan sebanyak 24 mata pada pertengahan April.

Tottenham akan beraksi dalam final Piala Liga menentang Manchester City di Wembley Ahad ini.

Kelab London itu adalah antara 12 yang mengejutkan dunia bola sepak pada Isnin dengan mengumumkan penubuhan Liga Super Eropah. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan