Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

MotoGP Sepanyol ditunda angkara COVID-19

 Perlumbaan MotoGP di Sepanyol yang dijadual berlangsung pada 3 Mei ini ditunda berikutan pandemik global virus korona COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
MotoGP Sepanyol ditunda angkara COVID-19

Gambar fail.

Diterbitkan : 27 Mar 2020 11:14PM Dikemas Kini : 27 Mar 2020 11:17PM

KUALA LUMPUR: Perlumbaan MotoGP di Sepanyol yang dijadual berlangsung pada 3 Mei ini ditunda berikutan pandemik global virus korona COVID-19.

Menurut kenyataan Dorna Sports iaitu pemegang eksklusif komersil dan hak siaran MotoGP, keputusan untuk menangguhkan Grand Prix (GP) Sepanyol di Litar Jerez-Angel Nieto itu dicapai selepas perbincangan bersama dengan Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

Dalam kenyataan berasingan, Dorna Sports turut mengumumkan perlumbaan pembuka tirai Enei FIM Kejuaraan Piala Dunia MotoE (perlumbaan motosikal elektrik) di litar sama, juga ditunda.

Menurut kenyataan itu lagi, ujian kedua pramusim MotoE, yang dijadualkan di litar berkenaan dari 8 hingga 10 April ini, juga dibatalkan.

"Memandangkan keadaan semasa sentiasa berubah, satu tarikh baru bagi GP Sepanyol tidak dapat disahkan sehingga keadaan menjadi lebih jelas untuk mengadakan acara itu.

"Kalendar musim 2020 yang disemak semula akan dimaklumkan secepat mungkin," menurut kenyataan itu lagi.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan