Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

MotoGP: Lorenzo tarik diri dari perlumbaan Grand Prix Thailand

Pelumba MotoGP Sepanyol Jorge Lorenzo terpaksa menarik diri daripada perlumbaan sulung Grand Prix di Thailand selepas terjatuh semasa sesi latihan kedua menjelang perlumbaan.

Anggaran Waktu Membaca:
MotoGP: Lorenzo tarik diri dari perlumbaan Grand Prix Thailand

Gambar fail yang dipetik semasa Perlumbaan Grand Prix Aragon, merakam detik-detik Lorenzo terjatuh semasa perlumbaan. (Gambar: Heino Kalis/Reuters)

Diterbitkan : 06 Oct 2018 05:10PM Dikemas Kini : 06 Oct 2018 05:13PM

BANGKOK: Pelumba MotoGP Sepanyol Jorge Lorenzo terpaksa menarik diri daripada perlumbaan sulung Grand Prix di Thailand selepas terjatuh semasa sesi latihan kedua menjelang perlumbaan.

Pelumba Ducati itu sebelum ini mengalami kecederaan kaki dalam perlumbaan di Sepanyol. Dalam insiden yang berlaku semalam (5 Okt), Lorenzo dikejarkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan beliau didapati mengalami kecederaan di pergelangan tangannya.

"Pergelangan tangan saya benar-benar sakit. Ia memerlukan banyak masa untuk pulih," katanya dalam satu wawancara yang dimuat naik ke laman MotoGP (motogp.com) sebelum pusingan saringan hari ini (6 Okt0.

"Yang pasti, saya memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam perlumbaan Grand Prix Thailand. Sayang sekali kerana sebelum kemalangan itu, prestasi saya baik."

Lorenzo muncul sebagai juara dunia buat tiga kali, dan berada dalam kedudukan keempat dalam senarai MotoGP, didahului Marc Marquez. Beliau tidak dapat memberi kepastian sekiranya akan menyertai perlumbaan seterusnya di Jepun.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan