Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Moreno tinggalkan Liverpool selepas lima tahun

Alberto Moreno mengucapkan selamat tinggal kepada Liverpool selepas lima tahun bermain sebagai pemain pertahanan pasukan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Moreno tinggalkan Liverpool selepas lima tahun

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 02 Jul 2019 12:27PM Dikemas Kini : 02 Jul 2019 12:31PM

LIVERPOOL: Alberto Moreno mengucapkan selamat tinggal kepada Liverpool selepas lima tahun bermain sebagai pemain pertahanan pasukan tersebut.

Warga Sepanyol berusia 26 tahun itu membuat 141 kemunculan dan menjaringkan tiga gol sepanjang kerjayanya di Anfield setelah berpindah dari pasukan Sevilla pada musim panas 2014.

"Hidup mengikut kitaran, dan masa saya di Liverpool FC sudah sampai ke penghujungnya," tulis pemain itu di Twitter.

"Terima kasih kerana menjadikan saya seorang pemain bola sepak lebih baik dan lebih penting lagi, insan lebih baik ... Akhir sekali, penghargaan yang tidak terhingga kepada para peminat kelab yang sering menyokong saya."

Pemain itu dilaporkan akan pulang ke Sepanyol untuk bermain bagi Villaeral pada musim depan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan