Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mohamed Salah Pemain Terbaik PFA tahun ini

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahun ini oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA) semalam (22 Apr) sekali gus menjadi warga Mesir yang pertama untuk memenangi anugerah tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Apr 2018 08:40AM Dikemas Kini : 24 Apr 2018 12:15AM

LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahun ini oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA) semalam (22 Apr) sekali gus menjadi warga Mesir yang pertama untuk memenangi anugerah tersebut.

Salah diberi penghargaan berkenaan atas prestasi cemerlangnya dalam kesemua pertandingan dengan 41 gol yang dijaringkan untuk Liverpool sejak meninggalkan AS Roma tahun lalu. Beliau kemudian membantu Liverpool mara ke peringkat separuh akhir Piala Juara-Juara Eropah serta mengukuhkan kedudukan Liverpool di empat tangga teratas dalam Liga Perdana England.

Pemain yang berusia 25 tahun itu mendahului enam pesaing lain. Pemilihan itu adalah berdasarkan undian daripada 92 pasukan Liga Perdana England dan Liga Bola Sepak. Turut disenaraikan mengikut undian anggota PFA adalah Kevin De Bruyne, Leroy Sane dan David Silva dari Manchester City.

Sane meraih anugerah Pemain Muda Terbaik Tahun ini manakala Fran Kirby dari pasukan wanita Chelsea pula memenangi anugerah Pemain Wanita Terbaik Tahun ini di acara yang diadakan di Hotel Grosvenor House di London.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan