Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mo Salah patah balik untuk periksa budak lelaki yang terlanggar tiang lampu

Seorang kanak-kanak lelaki yang cedera akibat cuba melihat bintang bola sepak Mo Salah sekali imbas, teruja apabila pemain Liverpool itu berpatah balik untuk bertanyakan khabarnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Mo Salah patah balik untuk periksa budak lelaki yang terlanggar tiang lampu

Bintang bola sepak Mo Salah bersama Louis. (Gambar: Twitter/Joe Cooper)

Diterbitkan : 11 Aug 2019 11:15PM Dikemas Kini : 11 Aug 2019 11:21PM

LIVERPOOL: Seorang kanak-kanak lelaki yang cedera akibat cuba melihat bintang bola sepak Mo Salah sekali imbas, teruja apabila pemain Liverpool itu berpatah balik untuk bertanyakan khabarnya.

Louis Fowler, 11 tahun dan adiknya Isaac, 10 tahun sedang menunggu di luar kawasan latihan Liverpool di Melwood pada Sabtu (10 Ogos) untuk melihat para pemain pasukan itu, menurut akhbar Liverpool Echo.

Apabila kereta Salah keluar, kedua-dua kanak-kanak itu berlari ke arah keretanya dan melambai-lambai tangan mereka, menurut laporan itu. Bagaimanapun, Louis terhentak tiang lampu dan terjatuh, sekali gus menyebabkan hidungnya berdarah.

Jiran tetangga kemudian membawa kedua-dua kanak-kanak itu pulang ke rumah, yang terletak bertentangan dengan kawasan latihan bola sepak itu, dan ayah tirinya, Encik Joe Cooper menelefon ambulans.

Salah bagaimanapun tidak meninggalkan tempat itu dan, sebaliknya berpatah balik untuk bertanya khabar Louis.

"Kanak-kanak itu terpekik-pekik kegembiraan kerana teruja apabila beliau keluar dari kereta dan Isaac menjadi histeria dan memeluknya," menurut Sky News yang menukil Encik Cooper.

"Mo amat bersimpati dan penyayang serta amat prihatin terhadap kedua-dua kanak-kanak itu dan ia membuat mereka berasa lebih baik."

Bintang bola sepak itu kemudian mengambil gambar bersama kanak-kanak itu. Encik Cooper memuat naik gambar tersebut di akaun Twitter miliknya.

Louis dibawa ke hospital untuk menerima rawatan menyusuli insiden itu.

Bagaimanapun bagi Louis, ia pengalaman yang "amat berbaloi" dan dia "tidak kesah jika perlu mengulanginya 100 kali", menurut Encik Cooper.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan