Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

MMA: Amir Khan jangka 'kemenangan bersejarah' dalam pertarungan lightweight ONE Championship

Petinju seni bela diri campuran (MMA) Amir Khan seorang peminat besar legenda tinju Muhammad Ali. Seperti idolanya, Amir biasa meramalkan jumlah pusingan yang diperlukan untuk menewaskan lawannya.

Anggaran Waktu Membaca:
MMA: Amir Khan jangka 'kemenangan bersejarah' dalam pertarungan lightweight ONE Championship

Petinju Filipina Eduard Folayang (kiri) dan Amir Khan bertemu sebelum perlawanan ONE Championship yang berlangsung 23 Nov. (Gambar: ONE Championship)

Diterbitkan : 22 Nov 2018 09:56AM Dikemas Kini : 22 Nov 2018 10:02AM

SINGAPURA: Petinju seni bela diri campuran (MMA) Amir Khan seorang peminat besar legenda tinju Muhammad Ali. Seperti idolanya, Amir biasa meramalkan jumlah pusingan yang diperlukan untuk menewaskan lawannya.

Amir dengan yakin mengatakan bahawa perlawanannya menentang veteran Filipina, Eduard Folayang, tidak akan mengambil masa lebih 15 minit.

"Saya rasa saya mampu menewaskannya selepas tiga pusingan," kata Amir.

Beliau sudah melakarkan strategi bagi perlawanan yang akan berlangsung malam esok (23 Nov) di Manila. Perlawanan itu disifatkannya sebagai yang "terbesar dalam hidupnya".

"Bagi perlawanan ini, saya perlu sangat berhati-hati. Sangat bersabar, menyesuaikan diri dengan gelanggang, meletakkan tekanan ke atasnya dengan segera dan menantinya membuat kesilapan sebelum memanfaatkan kesemuanya dengan segera," tambah atlit 24 tahun itu.

Sekiranya menang, beliau akan diberi gelaran lightweight ONE Championship (sehingga 77 kilogram).

Bagaimanapun dengan 11 kemenangan dan tiga kekalahannya sejauh ini berbanding rekod 20 kemenangan dan enam kekalahan Folayang, Amir dijangka tewas kepada jaguh 33 tahun dari Filipina itu yang juga mempunyai sokongan 15,000 orang di gelanggang sendiri.

"Saya tidak peduli jika mereka akan menyokong saya atau sebaliknya. Kerana sebaik sahaja saya masuk gelanggang, saya tidak akan berfikir banyak," katanya dengan yakin.

Amir akan menjadi rakyat Singapura pertama memenangi gelaran dunia MMA di bawah ONE Championship sekiranya beliau berjaya menewaskan Folayang esok (23 Nov).

"Saya sangat bangga dapat mewakili Singapura, tetapi saya rasa jika saya menang, saya akan menjadi yang pertama daripada ramai lagi jaguh yang akan muncul dari sini," kata Amir, yang ingin menjadi 'Joseph Schooling MMA'.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan