Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Misi Messi untuk dihormati di negara sendiri

Mencecah usia 31 tahun, Lionel Messi berada di kemuncak kerjayanya setelah berjaya menjulang pelbagai kejuaraan di Eropah. Malah, Messi merupakan pemain dengan gaji paling lumayan di Sepanyol.

Anggaran Waktu Membaca:
Misi Messi untuk dihormati di negara sendiri

Gambar: espnfc.com

Diterbitkan : 08 Jun 2018 11:48AM Dikemas Kini : 08 Jun 2018 11:51AM

MALAYSIAKINI: Mencecah usia 31 tahun, Lionel Messi berada di kemuncak kerjayanya setelah berjaya menjulang pelbagai kejuaraan di Eropah. Malah, Messi merupakan pemain dengan gaji paling lumayan di Sepanyol.

Namun, di negaranya sendiri, Messi masih dibayangi legenda Diego Maradona yang lebih dihormati berbanding dirinya.

Mengulas perkara itu, pemain legenda Brazil, Rivaldo berkata ramai penyokong di Argentina tidak begitu yakin dengan Messi kerana pemain penyerang itu belum pernah memenangi sebarang piala untuk negaranya.

"Messi ada cabaran yang besar. Walaupun dia cemerlang di Barcelona, dia tidak begitu dihormati di negaranya sendiri kerana belum pernah menang Piala Dunia.

"Sebab itu pengiktirafan di negara penting. Pengiktirafan di kelab juga penting, tapi ia hal yang berbeza.

"Dia (Messi) akan cuba yang terbaik untuk menang kali ini kerana ia akan kekal dalam sejarah Argentina.

"Dia sudah menjadi sebahagian sejarah Barcelona, tapi dia sendiri tahu dia perlu menang Piala Dunia agar rakyat Argentina akan menghormatinya jika berjaya," kata beliau.

Sejak 2006, dalam tiga siri kempen Piala Dunia, Messi gagal menjulang piala paling berprestij itu. Aksi terakhirnya di Brazil adalah yang paling hampir buat Messi untuk mengikuti jejak Maradona pada 1986 dan Mario Kempes pada 1978 untuk membawa pulang piala termasya berkenaan.

Bagaimanapun selama 90 minit perlawanan itu berlangsung, Messi gagal membolosi gawang Jerman sehinggalah Mario Gotze memusnahkan harapan Argentina.

Kini, Messi lebih berpengalaman, namun dia juga sedar bahawa Argentina bukan pasukan pilihan di Piala Dunia 2018 yang akan bermula 15 Jun ini.

“Ada Jerman, Brazil, dan Sepanyol yang sangat kuat,” beliau mengingatkan rakan-rakan sepasukannya beberapa hari lalu.

Di Rusia, sekali lagi, Messi akan menjadi harapan buat Sergio Aguero, Gonzalo Higuain, Javier Mascherano, Angel Di Maria dan rakan-rakan sepasukannya untuk membawa skuad mereka ke peringkat akhir.

Berkongsi pandangan itu, Marcus Rojo, pemain pertahanan Argentina mengakui beban paling besar digalas Messi dalam pasukan itu.

Menurutnya, nasib Argentina di kempen Piala Dunia kali ini bergantung kepada kemampuan Lionel Messi merintis yeah gol.

“Kami akan memberikan segala-galanya untuk menebus apa yang terjadi empat tahun lalu di Brazil,” tambah Rojo.

Argentina yang berada dalam kumpulan D akan memulakan kempen Piala Dunia pada 16 Jun ini menentang Iceland. Dua pasukan lain dalam kumpulan itu adalah Croatia dan Nigeria.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan