Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Minamino dijangka turun padang lawan Everton

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata penyerang Jepun Takumi Minamino mungkin akan turun padang buat pertama kali bagi pasukan tersebut dalam perlawanan Piala FA England menentang Everton pada Ahad (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Minamino dijangka turun padang lawan Everton

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Jan 2020 10:43PM Dikemas Kini : 02 Jan 2020 10:46PM

LONDON: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata penyerang Jepun Takumi Minamino mungkin akan turun padang buat pertama kali bagi pasukan tersebut dalam perlawanan Piala FA England menentang Everton pada Ahad (5 Jan).

Minamino yang berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £7.25 (S$12.85) dari pasukan Red Bull Salzburg menjalani latihan pertama bersama rakan-rakan sepasukannya pada Selasa.

Pemain Jepun itu bagaimanapun tidak boleh turun padang menentang Sheffield United dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada Khamis disebabkan oleh peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pendaftarannya.

Sungguhpun demikian, Klopp membayangkan bahawa Minamino mungkin akan menyarung jersi Liverpool dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA England apabila menentang Everton Ahad ini.

Minamino bagaimanapun tidak mengalami sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan barunya memandangkan dua pemain Liverpool, Sadio Mane dan Naby Keita, pernah menyarung jersi Salzburg sebelum kedua-dua pemain itu berhijrah ke Liverpool.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan