Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mikel Arteta beri amaran kepada pemain Arsenal ketika menentang Tottenham

Mikel Arteta memberi amaran kepada pemain Arsenal bahawa mereka bakal berdepan salah satu barisan serangan paling "istimewa" di Eropah ketika mereka menentang Tottenham pada Ahad (14 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Mikel Arteta beri amaran kepada pemain Arsenal ketika menentang Tottenham

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Mar 2021 01:57PM Dikemas Kini : 13 Mar 2021 02:00PM

LONDON: Mikel Arteta memberi amaran kepada pemain Arsenal bahawa mereka bakal berdepan salah satu barisan serangan paling "istimewa" di Eropah ketika mereka menentang Tottenham pada Ahad (14 Mac).

Tottenham sudah menjaringkan 102 gol dalam semua kejohanan musim ini selepas Harry Kane menjaringkan gol dua kali sekali gus untuk menjamin kemenangan 2-0 ke atas Dinamo Zagreb dalam perlawanan pertama kelompok 16 terakhir Liga Europa pertengahan minggu ini.

Hanya Bayern Munich telah menjaringkan lebih banyak gol sejauh ini dalam lima liga utama Eropah musim ini dan bos Arsenal, Arteta menyedari Kane, Son Heung-min dan Gareth Bale bakal menimbulkan cebaran besar di Stadium Emirates.

Tiga permain itu dijangka akan memulakan permainan bagi pasukan kendalian Jose Mourinho sedang Tottenham mencari kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan utara London itu.

"Ia sangat sukar kerana tahap mutu, ketepatan, pemahaman dan keserasian yang ada antara mereka menjadikan mereka mungkin antara yang paling istimewa (serangan) di Eropah," kata Arteta.

"Dan mereka tidak perlukan banyak. Mereka berupaya mencipta peluang mereka sendiri, mereka boleh bekerjasama sebagai satu pasukan.

"Maka itu amat sukar melakukannya, tetapi kami bersedia dengan baik untuk menghalang mereka tentunya."

Kane, Son dan Bale sudah menjaringkan 34 gol Liga Perdana kesemuanya dalam 27 perlawanan kali pertama kempen sekarang ini.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan