Images
  • messi lionel
    Pemain Barcelona, Lionel Messi (Gambar: AP Images)

Messi terlepas aksi La Liga ekoran kecederaan betis

BARCELONA: Kapten pasukan Barcelona, Leo Messi, terlepas peluang beraksi kurang dua minggu menjelang perlawanan pembukaan musim La Liga, menyusuli kecederaan di bahagian betis kanan semasa latihan pada Isnin (5 Ogos).

Bintang bola sepak Argentina itu sudah diarahkan tidak menyertai perlawanan persahabatan pasukan itu dengan Napoli di Miami, Florida pada Rabu.

"Ujian yang dijalankan mendapati berlaku kecederaan betis tahap 1," menurut satu kenyataan juara bola sepak Sepanyol itu. Kecederaan sebegitu boleh memakan masa sekitar dua minggu untuk pulih.

"Messi akan kekal di Barcelona dan tidak akan menyertai pasukan ke Amerika Syarikat. Bila beliau beraksi semula akan bergantung kepada pemulihannya daripada kecederaan."

Kelab tersebut dijadual memulakan kempen baru La Liga di Athletic Bilbao pada 16 Ogos.

- AFP/TQ/tq

Top