Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Messi suara hasrat mahu tinggalkan Barcelona

Bintang bola sepak Leo Messi dilaporkan akan meninggalkan kelab Barcelona FC meskipun masih mempunyai klausa pelepasan bernilai 700 juta euro dalam kontraknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Messi suara hasrat mahu tinggalkan Barcelona

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 26 Aug 2020 12:21PM Dikemas Kini : 26 Aug 2020 12:26PM

MADRID: Bintang bola sepak Leo Messi dilaporkan akan meninggalkan kelab Barcelona FC meskipun masih mempunyai klausa pelepasan bernilai 700 juta euro dalam kontraknya.

Menurut Agensi Berita Xinhua, memetik berita disiarkan saluran televisyen Argentina, TyC Sports dan media Sepanyol, Messi sudahpun menghantar surat menerusi faks ke kelab berkenaan untuk memaklumkan hasratnya itu.

Akhbar 'El Mundo Deportivo' yang berpangkalan di Barcelona melaporkan kelab itu dikatakan sudah menerimanya namun, klausa yang membolehkannya meninggalkan kelab itu secara percuma tamat pada 10 Jun.

Bagaimanapun, penyerang itu percaya ia tidak relevan kerana kempen Barca hanya berakhir pada 14 Ogos selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara apabila ditundukkan Bayern Munich dengan jaringan 8-2.

Stesen radio Onda Cero pula melaporkan Messi tidak berhasrat untuk menjalani ujian PCR yang diatur kelab itu menjelang latihan pramusim di bawah jurulatih baharu Ronald Koeman.

Penyerang yang setakat ini sudah beraksi dalam 737 perlawanan dan menjaringkan 634 gol bersama kelab itu dikatakan ragu mengenai masa depannya di Camp Nou. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan