Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Messi penjaring gol terbanyak Eropah 3 tahun berturut-turut

Lionel Messi pada Jumaat (24 Mei) menjadi pemain pertama memenangi Anugerah But Bola Sepak Emas Eropah buat tiga tahun berturut-turut selepas pesaing terdekatnya, Kylian Mbappe gagal menjaringkan empat gol yang diperlukannya dalam perlawanan akhir Paris St Germain untuk musim ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Messi penjaring gol terbanyak Eropah 3 tahun berturut-turut

Pemain Barcelona, Lionel Messi (Gambar: AP Images)

Diterbitkan : 25 May 2019 09:39AM Dikemas Kini : 25 May 2019 09:40AM

BARCELONA: Lionel Messi pada Jumaat (24 Mei) menjadi pemain pertama memenangi Anugerah But Bola Sepak Emas Eropah buat tiga tahun berturut-turut selepas pesaing terdekatnya, Kylian Mbappe gagal menjaringkan empat gol yang diperlukannya dalam perlawanan akhir Paris St Germain untuk musim ini.

Anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf penjaring gol terbanyak bagi perlawanan dalam liga utama Eropah. Bagi musim ini saja, beliau berjaya menjaringkan 36 gol untuk Barcelona, manakala Mbappe pula menamatkan musim ini dengan jaringan 33 gol setelah menjaringkan gol tunggal PSG apabila pasukan itu tewas 3-1 di Stade de Reims.

Meskipun gol yang dijaringkan Messi membantu pasukannya menjulang piala La Liga bulan lalu, pemain Argentina yang berusia 31 tahun itu berkata pada Jumaat bahawa beliau tidak terlalu memikirkan tentang anugerah tersebut kerana pasukannya masih dihantui kekalahan di tangan Liverpool semasa peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

"Saya tidak memikirkan langsung tentang anugerah itu, payah untuk kami menerima hakikat tentang apa yang berlaku semasa berhadapan dengan Liverpool dan saya tidak mahu memikirkan tentang anugerah peribadi," kata Messi di sidang media menjelang perlawanan akhir Copa del Rey menentang Valencia hari ini.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan