Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Messi mengaku terpaksa kekal dengan Barca

Lionel Messi berkata beliau kekal bersama kelab itu hanya kerana presidennya Josep Maria Bartomeu mungkir janji dalam membenarkan pemindahannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Messi mengaku terpaksa kekal dengan Barca

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 05 Sep 2020 05:41PM Dikemas Kini : 05 Sep 2020 05:45PM

MADRID: Lionel Messi berkata beliau kekal bersama kelab itu hanya kerana presidennya Josep Maria Bartomeu mungkir janji dalam membenarkan pemindahannya.

Kritikan Messi ke atas Bartomeu dan kelab itu meletakkan masa depannya bersama Barcelona kekal samar.

Walaupun tidak dibenarkan meninggalkan Barca pada musim panas ini, pemain berusia 33 tahun itu masih boleh berunding dengan pasukan lain bermula 1 Januari dan berpindah secara percuma apabila kontraknya tamat pada Julai.

Bartomeu juga masih ada janji yang perlu ditunaikan apabila sebelum ini berkata beliau akan meletakkan jawatan sekiranya Messi secara terbuka berkata beliau adalah punca masalah dan bersetuju untuk kekal.

Messi percaya bahawa beliau dapat menggunakan klausa dalam kontraknya yang akan membolehkannya keluar secara percuma sebelum musim 2020-21. Namun Barca menyatakan bahawa pilihan itu sudah berakhir pada 10 Jun.

"Presiden sentiasa berkata yang pada hujung musim saya boleh menentukan sama ada mahu pergi atau kekal. Tetapi beliau mungkir janji.

"Sebab itu saya terpaksa kekal di sini... kerana presiden itu memberitahu saya yang satu-satunya cara adalah membayar pampasan 700 juta euro (S$1,130,884,673).

"Ini mustahil, dan satu lagi cara ialah membawanya ke mahkamah. Saya tidak akan membawa Barca ke mahkamah kerana ia adalah kelab yang saya sayang, yang memberikan segalanya kepada saya sejak saya tiba di sini," kata Messi.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan