Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Messi kembali perkukuh skuad Argentina setelah tamat tempoh penggantungan

Lionel Messi sudah dipanggil semula untuk memperkuat skuad kebangsaan Argentina dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil dan Uruguay selepas menamatkan tempoh penggantungannya selama tiga bulan, menurut Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) pada Khamis (31 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Messi kembali perkukuh skuad Argentina setelah tamat tempoh penggantungan

Lionel Messi beraksi di padang (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Nov 2019 05:26PM Dikemas Kini : 01 Nov 2019 05:34PM

BUENOS AIRES: Lionel Messi sudah dipanggil semula untuk memperkuat skuad kebangsaan Argentina dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil dan Uruguay selepas menamatkan tempoh penggantungannya selama tiga bulan, menurut Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) pada Khamis (31 Okt).

Agensi Berita China Xinhua melaporkan bahawa penyerang Barcelona berusia 32 tahun itu tidak beraksi untuk skuad negaranya selepas dibuang padang ketika pasukan Albiceleste menewaskan Chile 2-1 dalam Kejohanan Copa Amerika bagi penentuan tempat ketiga pada Julai.

Beliau kemudian digantung dan didenda AS$50,000 (S$67,900) oleh badan pentadbir bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL kerana mendakwa Copa Amerika "korup."

Messi terlepas empat perlawanan untuk Argentina semasa penggantungan yang menyaksikan keputusan seri 0-0 dengan Chile, menewaskan Mexico 4-0, seri 2-2 dengan Jerman dan menang 6-1 ke atas Ecuador.

Pemenang dua kali Piala Dunia, Argentina akan bertemu Brazil di Arab Saudi pada 15 Nov dan Uruguay di Israel tiga hari selepas itu.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan