Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Messi julang Ballon d'Or kali keenam

Lionel Messi berkata beliau berharap dapat terus memberikan prestasi lebih baik dan tidak suram seiring dengan peningkatan umurnya selepas menjulang anugerah Ballon d'Or buat kali keenam ketika umurnya mencecah 32 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Messi julang Ballon d'Or kali keenam

Lionel Messi. (Gambar: AFP/Josep Lago)

Diterbitkan : 03 Dec 2019 04:46PM Dikemas Kini : 03 Dec 2019 04:54PM

PARIS: Lionel Messi berkata beliau berharap dapat terus memberikan prestasi lebih baik dan tidak suram seiring dengan peningkatan umurnya selepas menjulang anugerah Ballon d'Or buat kali keenam ketika umurnya mencecah 32 tahun.

Bintang Piala Dunia Amerika Syarikat, Megan Rapinoe pula membawa pulang anugerah kategori wanita.

Rapinoe, yang mengetuai kemenangan Amerika Syarikat pada Piala Dunia, Julai lalu tidak berada di Chatelet Theatre di ibu kota Perancis itu, untuk menerima anugerahnya.

Bagaimanapun, Messi dan isteri beliau, Antonella Roccuzzo bersama kedua-dua anak mereka turut hadir pada malam anugerah itu.

Anugerah Ballon d'Or kali ini yang pertama buat Messi sejak 2015 dan trofi keenamnya, bertambah satu di hadapan musuh tradisi, Cristiano Ronaldo.

“Sudah 10 tahun sejak saya memenangi Ballon d'Or yang pertama buat saya di sini di Paris dan saya ingat lagi datang ke sini bersama tiga lagi abang saya, ketika itu saya berumur 22 tahun dan ia masih sukar dipercayai apa yang saya lalui ketika itu,” kata Messi selepas menerima anugerah daripada pemenang tahun lalu, Luka Modric di pentas.

“Saya berharap saya mempunyai beberapa tahun lagi untuk bermain bola sepak. Saya sedar usia saya ketika ini dan saat ini adalah lebih menggembirakan kerana saya semakin hampir untuk bersara dan ia adalah sukar," katanya lagi.

Kapten Barcelona itu menjulang anugerah utama pada tahun ini yang dianjurkan majalah bola sepak France Football dan diundi barisan wartawan daripada seluruh dunia, menewaskan pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, sementara Ronaldo di kedudukan ketiga.

Anugerah kali ini juga menyaksikan Ronaldo buat kali pertama sejak 2010 tidak diundi menduduki dua tempat terbaik.

Bekas bintang Ajax, pertahanan Belanda Matthijs de Ligt, yang kini bermain bersama pasukan Juventus, menang Trofi Kopa, menggantikan Kylian Mbappe bagi pemain terbaik bawah 21 tahun. 

Sumber : AFP/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan